Sulit
4 tahun
Kerap sakit di tapak kaki
Saya wanita berumur 19 tahun.Sejak kebelakangan ini saya sering mengalami kesakitan di tapak kaki saya sehingga mengakibatkan saya sakit untuk berjalann,bahkan waktu saya baring pun kaki saya masih sakit…apakah puncanya dan apakah ia membayakan?
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit di tapak kaki boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Masalah pada tulang (retak, patah)
- Masalah keradangan otot atau tendon
- Masalah pada saraf
- Masalah pada ligamen
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.