
mpaizal
4 tahun
Kerap sendawa dan jantung laju
Saya berumur 45 tahun. Sering dan bnyk sendawa tetapi jika sendawa yg tidak lepas rentak jantung akan jadi lain dan sudah beberapa kali masuk wad kerana jantung lebih 200 bpm. Perut mmg terasa seperti tidak selesa dan hanya akan selesa jika berjaya sendawa. Tiada masalah dlm hal buang air besar.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sendawa dan jantung berdegup laju yang anda alami ini berkemungkinan tidak saling berkait. Antara punca-punca anda kerap sendawa adalah seperti:
- Penyakit asid-refluks (GERD)
- Penyakit ulser perut
- Hiatus hernia
Manakala masalah degupan jantung laju anda boleh disebabkan oleh masalah ritma jantung seperti “atrial fibrillation” atau “atrial flutter”. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.