keishanathalia904
5 tahun
Kerap terkencing dan sakit semasa kencing
hari ni hari ke 3 saya kerap kencing. dlm masa 1 jam sya akan kencing lebih dri 3x , saya suda minum air berbotol2 banyak nya … hari pertama air kencing sangat sedikit , hari kedua bertambah banyak , hari ini air kencing saya normal shaja banyak nya … tapi masih kerap kencing dan terkencing dan semakin sakit smasa kencing, dn tahap sakit nya semakin tinggi smasa selesai buang air kecil …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing yang pedih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Urethritis iaitu keradangan uretra yang timbul akibat jangkitan bakteria seperti Chlamydia ataupun Gonorrhoea
- Cystitis adalah keradangan pundi kencing
- Pyelonephritis merupakan keradangan buah pinggang
Memandangkan keluhan yang anda hadapi dapat disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan terutama jangkitan, anda digalakkan untuk langsung merujuk ke doktor. Hal ini kerana dikhuatiri jika dibiarkan jangkitan tersebut dapat merebak. Maka, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































