
Sulit
4 tahun
Kesakitan dibahagian zakar lelaki hingga ke tsstis
Apakah penyebab zakar jadi hitam dan mengecil disertai rasa sakit hingga ke testis… Sudah hampir 2 blan sakit ini terjadi

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit di bahagian zakar atau saluran boleh disebabkan:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea, klamidia, trikomonas
- Jangkitan saluran kencing
- Gangguan struktur anatomi
- Trauma saluran zakar atau struktur anatomi
- Tanda-tanda penyakit batu karang
Perubahan warna zakar juga boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Dermatitis
- Trauma atau kecederaan pada zakar
- Penile melanosis
- Jangkitan penyakit kelamin
- Kanser
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.