
Sulit
4 tahun
Kesakitan pada kuku kaki yang pedih
pada tahun lalu disember 2019 ibu jari kaki saya (kuku) terkeluar selepas saya dikejar anjing tetapi saya tidak berjumpa doktor , hanya merawat sendiri lebih kurang 6 bulan kuku saya telah tumbuh sepenuhnya , tetapi beberapa hari lalu hingga kini kuku kaki saya itu pedih kalau saya tekan atau pakai kasut sekolah terasa sakit dari dalam kuku , memang sakit jadi untuk kepastian saya ingin bertanya kenapa rasa sakit sangat dari dalam kuku tapi takda luka atau nmpk seperti sakit
adakah saya perlu berjumpa doktor atau rawat sendiri?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kuku kaki pedih apabila ditekan, setelah melalui proses penyembuhan daripada gejala kaki kuku yang tercabut.
Untuk makluman anda, masalah kuku kaki pedih ini mungkin berkait dengan gejala kuku yang tercabut sebelum ini ataupun tidak. Namun, pada pendapat kami, perasaan pedih itu mungkin boleh disebabkan oleh yang berikut:
- Jangkitan kuman yang terdapat dalam kuku ketika kuku tercabut semenjak ini. Ia juga boleh merebak ke isi kuku dan juga saraf.
- Terdapat bahan asing yang terperangkap dalam kuku tersebut
- Penumbuhan kuku baharu yang salah arah. Ini akan menyebabkan kuku anda bertumbuh termasuk kedalam kulit pada bahagian tepi kuku sehingga menyebabkan tekanan yang tidak diinginkan.
- Masalah pengsarafan yang am pada bahagian kuku.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlarutan dan jika terdapat pengeluaran nanah atau kerosakan serta perubahan pada bahagian jari yang boleh menandakan perkara serius. Sementara itu, kami sarankan anda menjaga kebersihan kuku anda seperti memotong kuku anda dan menjaga kebersihan kaki secara am.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.