
Sulit
4 tahun
Kesan pakai iucd menjadi keputihan teruk
saya baru pakai iucd selepas melahirkan anak kedua dalam 4/5 bln yg lpas. masalah sy skrng ni , kenapa ye sy jadi kerap mendapat keputihan yang teruk. hari2 banyak keputihan keluar. sy jugak ade berjumpa dr tentang masalah ini. tapi dr ckp normal bagi yg baru pakai. tapii sy sangat tak seleasa. keputihan berbau hanyir. hubungan bersama suami pun dah agak renggang.saya buntu. dulu sebelum pakai iucd tak pernah pon jadi macam ni. adakah iucd tu tak sesuai dengan saya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda. Umumnya selain dari penggunaan IUCD, gejala keputihan juga boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus pada sistem urogenital (baca: kencing kotor)
- Penyakit menular seksual
- Teknik cuci kemaluan yang salah
- Vaginal douching
- tabiat minum air yang banyak atau kelainan fungsi ginjal
Untuk makluman anda, sekiranya mengalami gejala berulang atau berat, ia merupakan keadaan serius yang berkemungkinan disebabkan oleh :
- Ketidakseimbangan hormon disebabkan oleh estrogen dan progesteron
- Gangguan kekebalan tubuh seperti HIV/AIDS
- Gangguan saluran kencing (penyakit ginjal, batu karang, dll)
Sekiranya gejala tersebut berterusan atau bertambah, anda di nasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera. Disamping itu, ada juga dinasihatkan untuk:
- cuci kemaluan (setelah buang air) dari depan ke belakang (untuk mengelakkan / memperparah jangkitan kuman)
- memastikan kawasan bilik air sentiasa bersih
- hindari penggunaan apa-apa jenis ubat tanpa nasihat doktor
- hindari aktiviti bersama pasangan (buat sementara waktu) sekiranya dikhuatri berjangkit atau menggunakan alat bantuan yang sesuai (i.e. kondom)
Kami menasihatkan anda agar segera ke doktor tersebut untuk menjelaskan situasi sebenar dan kondisi anda saat ini. Ia bagi memastikan keadaan dan gejala yang anda alami dapat dinilai sebaiknya, justeru menentukan samada anda dapat meneruskan pemaikaian IUCD atau menggantikannya dengan kaedah perancangan keluarga yang lain.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Walau bagaimanapun, jawapan yang telah diberikan hanyalah pengetahuan umum berdasarkan maklumat yang terhad dari penyataan anda di atas. Untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat kami memerlukan maklumat tambahan dan pemeriksaan yang lebih komprehensif.