
Anonymous
5 tahun
Kesan pengambilan pil postinor
Hi doctor, saya nak tanya apa kesan pengambilan pli postinor bila belum berkeluarga, saya sudah berkawin tapi belum ada perencangan keluarga, tetapi saya mengambil pil postinor untuk mengelah daripada mengandung. Ada kah pil ini memberi kesan seperti tidak boleh mengandung lagi? Atau terdapat kesan lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, ubat postinor biasanya digunakan untuk mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan seksual. Pil ini digunakan apabila terdapat kecemasan sahaja. Pil pertama dimakan dalam 72 jam setelah bersama sementara pil kedua dimakan 12 jam setelah anda makan pil pertama. Efek samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Sekiranya gejala terjadi lebih lama dan parah, sebaiknya puan mendapatkan konsultasi doktor.
Untuk makluman tambahan pihak anda, ubat postinor adalah merupakan pil kecemasan untuk mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan seksual. Pil pertama dimakan dalam 72 jam setelah bersama sementara pil kedua dimakan 12 jam setelah anda makan pil pertama. Efek samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Sekiranya gejala terjadi lebih lama dan parah, sebaiknya puan mendapatkan konsultasi doktor.
Sekiranya puan berniat untuk merancang kehamilan, sebaiknya menggunakan pil perancang lain seperti Mercilon, [Noriday], dan lain-lain (https://www.doctoroncall.com.my/soalan/noriday-contraceptive-pill-pil-perancang) yang mempunyai 21-28 biji dan boleh dimulai makan sejak hari pertama haid. Ini kerana apabila dibandingkan dengan Postinor-2, pil perancang lain lebih efektif dari segi kandungan hormon, efek samping lebih sedikit, dan harga lebih berpatutan. Cadangan kami agar pihak puan berbicang terlebih dahulu dengan doktor ataupun ahli farmasi sebelum mulai menggunakan sesuatu ubat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih