
Sulit
4 tahun
Kesan sampingan dari ubat
Katakan lah pesakit telah mengambilan ubat cycotex Dan mendapat kesan sampingan, contoh cirit, muntah, atau ruam gatal pada badan… Apa ubat sesuai boleh diambil bg penyakit tu? penyakit tu? yang boleh merawat bg penyakit tu??

4 tahun
Salam sejahterea, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, ubat Cytotec ataupun nama generiknya misoprostol merupakan pil yang digunakan untuk mencegah penghasilan ulser pada perut dan ia merupakan kelas ubat NSAID. NSAID merupakan ubat bukan steroid yang digunakan untuk mencegah radang.
Antara kesan sampingan ubat tersebut selain yang disebut di atas ialah:
- Sakit perut
- Jantung berdegup tidak selaras
- Dermatitis, ekzema
- Keguguran rambut
- Jangkitan kuman paru-paru
- Buah pinggang rosak
Jika anda mendapat kondisi-kondisi tersebut, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi memberi rawatan yang khas untuk kesan sampingan ubat tersebut. Anda boleh mencuba untuk kurangkan simptom usus seperti muntah, cirit-birit dan loya dengan memakan makanan yang boleh mengurangkan penghasilan asid dalam perut.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian.
Terima kasih.