
Sulit
4 tahun
Kesukaran untuk bernafas apakah puncanya
Saya berumur 20an & mempunyai sejarah gastrik. Beberapa hari belakangan dada saya berasa sempit dan sakit di bahagian dada sebelah kiri. Oleh itu, ia menyukarkan saya utk bernafas. Saya terpaksa tarik nafas dalam2 dan itu pun rasa tidak puas. Perut saya juga rasa agak kembung (bloated) tapi bila nak sendawa, angin agak sukar utk keluar tetapi rasa seperti makanan yg saya makan td yang sampai ke tekak. Bila saya duduk pun agak sukar utk bernafas, inikan pula jika baring. Boleh saya tahu adakah simptom yg saya lalui ini merupakan simptom utk penyakit lain selain gastrik atau itu adalah gejala yg normal bagi pesakit gastrik? Kesukaran bernafas ni buat saya makin rasa anxiety. Harap doktor boleh tolong consult tentang sakit saya ni.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu dada berasa sempit dan sakit dada di sebelah kiri. Akan tetapi maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk kami memahami masalah sebanar anda. Oleh itu, sukar untuk saya menerangkan apa yang terjadi pada anda.
Akan tetapi, untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas dimana individu mengalami kesukaran untuk bernafas, boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- sesak nafas makin teruk
Kami faham anda risau jika ini terjadi kerana gastrik. Tanda-tanda seseorang mengalami gastrik adalah:
- Pedih pada ulu hati (“heartburn”)
- Kadang kala sakitnya menjadi teruk sehingga naik ke bahagian kiri dada, menyerupai serangan sakit jantung
- Perut rasa penuh dan kembung (“bloated”)
- Muntah-muntah ataupun rasa loya
- Selalu sendawa
- Jika teruk, asid boleh naik ke esophagus (refluks asid) menyebabkan pesakit sesak nafas
- Jika gastrik terlalu teruk, ulser yang terhasil di dalam perut boleh menyebabkan pendarahan
- Pesakit datang ke hospital dengan masalah muntah darah
- Najis berwarna hitam (“melena”) akibat dari proses oksidasi pendarahan yang mengalir melalui sistem pencernaan
- Masalah kekurangan zat besi dan vitamin disebabkan oleh ketidakseimbangan asid dalam perut yang diperlukan untuk proses pencernaan makanan
- Kekurangan sel darah merah (anemia) yang menyebabkan rasa lesu dan sesak nafas
- Berat badan semakin menurun
- Rasa kenyang walaupun hanya makan sedikit sahaja (“early satiety”)
- Rasa kebas akibat kekurangan vitamin B12
Terdapat langkah-langkah yang dapat diamalkan untuk mengawal penyakit gastrik ini. Rawatan boleh dibahagikan kepada rawatan bukan ubatan serta rawatan ubatan.
Rawatan bukan ubatan terdiri daripada :
- Berhenti merokok kerana merokok akan meningkatkan penghasilan asid dalam perut
- Kurangkan pengambilan alkohol kerana alkohol mengakibatkan keradangan dinding perut
- Mengurangkan pengambilan makanan pedas dan berasid kerana mampu menyebabkan hakisan pada dinding perut
- Menasihati pesakit untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap supaya asid yang dihasilkan setiap kali makan adalah pada tahap optimum
- Kawalan stress yang baik
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Sebaiknya, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Kerana isu sesak nafas adalah isu yang serius. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sakit di bahagian dada? Pakar jantung kami sedia membantu!