
Sulit
5 tahun
Keterangan tentang masalah hiv
Apakah penyebab utama seseorang yang clean dari hiv boleh hidap penyakit hiv ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dikhuatiri. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Melalui cecair badan seperti:
- Darah
- Air mani
- Cecair faraj
HIV boleh merebak melalui:
- Susu ibu
- Melalui faraj, dubur atau mulut
- Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti
- Penagih berkongsi jarum dan alat suntikan
- Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV
- Melahirkan atau sewaktu menyusu.
- Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh baca dengan lebih lenjut tentang HIV di sini Terima kasih.