
Sulit
3 tahun
Ketiak Sebelah Kanan Rasa Kebas atau Semut-Semutan (Tingling Sensation)
Hai doktor. Saya wanita berusia 39 tahun. Saya notice semenjak lebih kurang sebulan yang lalu sehingga sekarang, ada masanya saya rasa tingling sensation di ketiak sebelah Kanan saya. Rasa tingling itu bermula dari ketiak ke bahagian dalam lengan berhampiran ketiak. Ia berlaku tdk kerap atau tiada pattern tetap. Sometimes sehari beberapa kali, sometimes berulang beberapa hari dan sometimes langsung tidak berlaku dalam beberapa hari. Saya cuba periksa ketiak saya sendiri tapi tiada kelainan yg saya nampak atau rasa. Cuma saya akan rasa sakit di payudara sebelah kanan kadang2 terutama sekali bila menghampiri waktu subur saya atau hampir2 waktu menstruasi dan sepanjang waktu menstruasi. Saya juga pernah berjumpa dengan Doctor utk melakukan pemeriksaan ke atas payudara saya pada tahun lalu kerana pada ketika itu saya merasa sakit dan sangat tidak selesa di payudara sebelah kanan dan tdk pasti samada ianya berkaitan dengan cycle menstruasi saya atau disebabkan oleh benda lain. Doktor telah membuat ultrasound dan tidak menemui apa-apa. Doktor mencadangkan saya membuat mamogram pada tahun ini kerana saya akan berumur 40 tahun pada bulan November nanti. Saya concern mengenai tingling sensation yg saya rasai kini. Adakah ianya berkaitan dengan sakit yg saya alami pada payudara saya? Mohon nasihat Doktor. Terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami gejala kebas pada ketiak sebelah kanan yang berlaku dalam beberapa kali sehari. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kekurangan vitamin B12
- Masalah pengaliran darah
Namun perkara ini juga boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian doktor seperti:
- Tekanan brachial plexus
- Tekanan saraf akibat herniated disc
- Masalah saraf tunjang
- Tumor menghimpit saraf
- Nodus limfa membesar
- Kanser
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.