
Sulit
4 tahun
Ketulan dan gatal pada kemaluan
Hai , saya baru berusia 20 tahun . Knpa bahagian faraj saya gatal dan menjadi ketulan . Bolehkah saya tahu macam mana nak atasi dan penyebabnya . Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala ketulan dan gatal yang dialami secara tiba-tiba boleh dikaitkan dengan
- kitaran haid yang tidak teratur
- ketulan darah haid
atau ia juga boleh menandakan keadaan yang lebih serius seperti
- Gangguan sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Tanda-tanda jangkitan virus atau bakteria
- atau gangguan organ wanita yang lain.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda harus segera ke doktor sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang berterusan (i.e. gatal di bahagian kelamin, dll.)
- gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll.)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!