
Sulit
3 tahun
Ketumbuhan polip tu mcm mna?
selalu dgr berkaitan polip dlm rahim atau di pangkal rahim, polip tu mcm mana ya? apa faktor dia? simptom mcm mana? bahaya ke tak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, faktor risiko polip rahim adalah:
- wanita dalam fasa pre-menopause ataupun post-menopause
- ada tekanan darah tinggi
- obesiti
Tanda dan simptom polip rahim adalah:
- kitaran haid yang tidak normal
- kemandulan
- pendarahan yang tidak normal semasa haid
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan