
Sulit
3 tahun
Klitoris hilang sensitivity
Saya berusia 30.tahun dan sudah 3 tahun berkahwin. Namun sepanjang bersama suami saya tidak pernah merasa rangsangan pada klitoris saya malah tidak mencapai klimaks. Bagaimana untuk mengembalikan sensitivity pada klitoris? Sebelum kahwin memang saya kerap Onani dan sejak dari malam pertama saya tidak dapat merasakan nikmat bersama suami. Adakah saya dikategorikan sebagai mati putik? saya juga mengambil pil perancang yasmin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa faktor, contohnya stress, kegelisihan, emosi masa hubungan, penghubungan dengan pasangan, kencing manis, gangguan saraf, gangguan saluran darah, sakit puan, merokok dan lain.
Pil perancang yasmin biasanya tidak akan menyebabkan kesan masalah anda.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.