Sulit
4 tahun
Kotoran yang keluar dari kemaluan
Saya wanita berumur 21 tahun
Soalan saya
Mengapa ka ada kotoran berwarna hitam keluar dari kemaluan saya sudah 1minggu dan iya masih keluar sedikit demi sedikit adakah itu satu penyakit atau tanda hamil
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memahami anda mengalami kotoran yang berwarna hitam dari faraj selama seminggu. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, keluarana berwarna gelap boleh bermakna banyak perkara. Kami memerlukan maklumat tambahan untuk memberikan jawapan yang lebih tepat untuk anda.
Secara umumnya, masalah anda boleh disebabkan oleh :
- Keluaran darah haid (warna gelap biasanya dilihat semasa pengakhiran waktu haid)
- Jangkitan kuman pada sistem reproduktif
- Pendarahan spotting yang boleh disebabkan oleh penggunaan ubat perancang, masalah tiroid atau ketumbuhan pada sistem reproduktif
Selain itu, masalah sebegini juga boleh berlaku sekiranya anda hamil dan ia boleh bermakna pendarahan implantasi kehamilan, kehamilan ektopik ataupun keguguran.
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya punca masalah anda dapat disiasat dan seterusnya dirawat jika perlu. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama pakar kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

































