Anonymous
5 tahun
Krem kaki dan tangan
Saya wanita berumur 24tahun , saya mengalami masalah krem kaki fan tangan apabila saya merasa sejuk dan takut,saya suda beberapa kali ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan , hasil pemeriksaan mengatakan saya mengalami nafas laju dan stress…saya juga membuat pemeriksan jantung dan jawapan yang saya terima adalah normal. Buat masa sekarang saya perlukan air suam setiap masa bagi mengatasi masalah tersebut apabila berlaku,dan ini menyukarkan saya untuk melakukan aktiviti diluar dan menganggu kerja saya. Adakah ianya boleh disembuhkan??dan apakah cara yang terbaik untuk pulihkan nya?
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdassarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas/kejang tangan dan kaki apabila kesejukan boleh disebabkan:
- Sindrom Raynaud - punca seperti Raynaud Primer, SLE, Sindrom Sjogren
- Tekanan darah rendah
- Penyakit keresahan
- Anemia - kurang sel darah merah
- Penyakit arteri periferi
- Penyakit saraf seperti Multiple Sclerosis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
































