
sitiayatisedin
4 tahun
Krem tangan dan kaki
Saya wanita berumur 24tahun,saya mengalami masalah krem kaki dan tangan apabila saya kesejukan . dan saya sentiasa memerlukan air suam setiap kali keluar rumah . bagaimana cara untuk saya mengatasinya …atau memulihkan nya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdassarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas/kejang tangan dan kaki apabila kesejukan boleh disebabkan:
- Sindrom Raynaud - punca seperti Raynaud Primer, SLE, Sindrom Sjogren
- Tekanan darah rendah
- Anemia - kurang sel darah merah
- Penyakit arteri periferi
- Penyakit saraf seperti Multiple Sclerosis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.