
sparkldu
4 tahun
Kuat menguap dan sakit dada , sering penat lelah
saya lelaki 22 tahun , saya suda rasa tidak sihat slama 3 bulan , saya kuat menguap , bila saya paksa menguap , saya akan rasa tidak selesa d bahagian dada saya , kadang saya kuat mnguap dada saya terasa sempit , asal pergi hospital atau klinik doktor hanya bagi ubat gastrik . saya takut ini masalah jantung atau paru-paru . saya jga sering penat lelah jika berjalan atau mlakukan aktiviti

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit di bahagian dada ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi kerana maklumat yang anda berikan adalah tidak mencukupi untuk pihak kami membuat kesimpulan mengenai punca sebnar masalah anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.