
Sulit
5 tahun
Kuku berwarna kebiruan
Adakah bahaya apabila seseorang yang terlalu berdebar sehingga kuku-kukunya kebiruan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah jantung terlalu berdebar ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Ketika jantung berdebar, sistem saluran darah anda boleh terganggu sehingga menyebabkan tisu-tisu badan kekurangan oksigen. Tanda-tanda kekurang oksigen yang lain adalah seperti berikut :
- sukar bernafas
- sakit kepala
- keletihan
- sakit dada
- berpeluh
- tapak tangan berpeluh dan sejuk
- kuku atau bibir kebiruan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana ini adalah masalah serius yang memerlukan pemeriksaan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.