nurulsafwanah2001
5 tahun
Kuku tangan tiba-tiba sakit
Ibu saya berumur 50an . Dia seorang peniaga . Kebelakangan ini , Kuku ibu jari tangan nya kemerah-merahan , sakit bengkak , meradang bila pegang sesuatu . Nak tanya doktor , apa punca dan ubat nak rawat nya ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kesakitan pada kuku ibu jari ibu anda boleh disebabkan:
- Kecederaan - contohnya ketika berniaga
- Jangkitan kuman pada ibu jari
- Masalah saraf jari - contohnya akibat sakit kencing manis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































