
Sulit
5 tahun
Kulit dari kesan sunat bernanah
Saya lelaki. Umur 29ntahu… Saya nak tanya… Ada kesan jahit sunat lame mase zaman kanak2… Ada mcm keluar nanah la kenapa ye…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kesan jahitan sunat bernanah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Luka pada bekas jahitan sunat yang dijangkiti kuman dan bernanah
- Jangkitan kelamin seperti gonorrhea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.