sheza2163
5 tahun
Kulit kaki dan tangan bengkak
anak saya berusia 1 tahun 9 bulan kerap mengalami kemerahan dan bengkak seperti gigitan serangga padan tangan dan kaki kadang2 di kawasan kepala… anak sekarang mengalami batuk… adakah disebabkan ubat cair kahak sabutamol yg diberi memberi alahan atau sebab lain? terima kasih
7 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kenyataan anda, punca ruam/bengkak kulit anak anda boleh disebabkan oleh:
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
Sebelum sesuatu diagnosa dibuat, anak anda perlu diperiksa oleh doktor dan ujian yang sepatutnya harus dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk membawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
































