
aisyahusna98
4 tahun
Kulit kering dan mengelupas
Saya ingin bertanya mengenai masalah kulit. Jari saya kering dan mengelupas. Kadang2 keluar cecair di setiap jari saya. Bila saya pergi klinik, dr cakap saya alergik air/cecair. Saya pakai ubat yg dr bagi dan ada juga beli di farmasi tapi kulit saya masih sama. Jadi saya ingin tahu ubat apa yang sesuai untuk masalah kulit saya ni.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu kulit kering dan menggelupas. Kulit menggelupas boleh timbul akibat pelbagai perkara seperti:
- geseran pada seluar dalam yang ketat atau antara kulit ke kulit akibat berat badan berlebihan
- Kelainan kulit seperti eczema , rambut yang tumbuh masuk kedalam daging
- Penyakit jangkitan kulit seperti kandidiasis
- Penyakit jangkitan kelamin seperti sifilis dan HPV
- Dermatitis akibat kontak dengan bahan baju ataupun sabun
- Keradangan pada penyakit autoimun seperti Behcet
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Kami faham anda kecewa kerana perkara ini tidak surut walaupun telah memakan ubat. Kami cadangkan anda beri lebih maklumat tentang ubat yang anda ambil. Kami tidak boleh memberi saranan ubat apa yang perlu anda ambil tanpa pemeriksaan dari doktor dahulu
Ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini, sebaiknya anda perlu berjumpa dengan doktor supaya dapat membuat pemeriksaan dengan lebih teliti untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.