
sha.zainol19
4 tahun
Kulit kering melampau
kulit badan saya kering sampai ada yang mengelupas(belakang bdan, lengan, kaki) . apa suplement yang patut saya makan ya? sekarang pula berkerja dalam air conditioning.

4 tahun
Selamat sejahtera & terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala kulit kering tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Tanda-tanda awal ruam atau panau
- Alahan produk kecantikan atau ubat
- Dermatitis Kontak Alergi
- Dermatitis Seborrhoeic
- Psoriasis adalah keadaan kulit biasa yang mempercepatkan kitaran hidup sel-sel kulit. Ia menyebabkan sel-sel membina dengan cepat pada permukaan kulit. Sel-sel kulit tambahan menyebabkan kegatalan dan kadang-kadang menyakitkan
- Dan lain-lain
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Buat sementara waktu, anda boleh cuba melakukan langkah-langkah berikut bagi mengurangkan gejala, seperti:
- Menggunakan pelembab
- Memakai jaket atau baju lengan panjang di ruangan berhawa dingin
- Jauhi asap rokok dan perkara lain yang boleh menyebabkan iritasi kulit
- Menjauhkan diri dari punca stres
- Minum secukupnya
- Menjauhi kawasan/cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
Krim seperti korticosteroid dan retinoid juga boleh membantu mengurangkan gejala kulit mengelupas yang ringan dan sederhana. Namun anda tetap dinasihatkan mendapat nasihat doktor secara langsung terlebih dahulu.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.