Sulit
4 tahun
Kulit menggelupas kemerahan
Saya menjalani pembedahan I&D 10 hari lepas dan perlu membuat daily dressing untuk luka yang tidak dijahit (providone packing). Kulit kawasan pembedahan menggelupas kemerahan. Rasa gatal dan kurang selesa. Adakah disebabkan alahan pada providone,gauze atau pelekat? Atau sebab lain?
4 tahun
Selamat sejahtera & terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Tanda-tanda awal ruam atau panau
- Alahan terhadap ubat
- Dermatitis Kontak Alergi
- Dermatitis seborrhoeic
- Psoriasis adalah keadaan kulit biasa yang mempercepatkan kitaran hidup sel-sel kulit. Ia menyebabkan sel-sel membina dengan cepat pada permukaan kulit. Sel-sel kulit tambahan menyebabkan kegatalan dan kadang-kadang menyakitkan
- Tanda jangkitan pasca pembedahan
- Dan lain-lain
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Buat masa ini anda boleh cuba:
- tingkatkan pemakanan tinggi zat protein (i.e. telur, ayam, ikan, susu, dll.)
- kurangkan bersentuhan dengan kawasan luka / nanah
- pastikan tangan dan barang-barang yang bersentuhan dengan luka betul-betul bersih
- digalakkan mencuci luka menggunakan air mineral (untuk menjamin kebersihan air)
- kurangkan pergerakan yang boleh mengganggu penyembuhan luka
Mencari suplemen yang boleh membantu penyembuhan operasi ? Dapatkannya sekarang !
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.


































