
Sulit
4 tahun
Kulit muka pedih apabila terkena air hujan, menangis, dan hanya boleh guna face cleanser organic tertentu sahaja
Salam, saya wanita berusia 26 tahun, saya mempunyai kulit yg cerah dan saya ada masalah kulit muka pedih apabila terkena air hujan, menangis, dan boleh guna face cleanser organic tertentu sahaja. Masalah ini saya alami dari tingkatan 1. Adakah masalah ini memerlukan rawatan ?

4 tahun
Selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Psoriasis
- Dermatitis Kontak Alergi
- Tanda-tanda awal gangguan ruam atau panau
- Alahan produk kecantikan atau ubat
- Dermatitis seborrhoeic
- Dan lain-lain
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Buat sementara waktu, anda boleh cuba melakukan langkah-langkah berikut bagi mengurangkan gejala, seperti:
- Menggunakan pelembab
- Jauhi asap rokok
- Menjauhkan diri dari punca stres
- Minum secukupnya
- Menjauhi kawasan/cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
Krim seperti korticosteroid dan retinoid juga boleh membantu mengurangkan gejala kulit mengelupas yang ringan dan sederhana. Namun anda tetap dinasihatkan mendapat nasihat doktor secara langsung terlebih dahulu.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.