
Sulit
4 tahun
Kulit Tangan Gatal Sehingga KulitMenjadi Nipis dan Berdarah
Saya waita 26tahun, saya ada masalah kulit tangan menjadi gatal (tangan kiri dan kanan) dan masalah ni berlarutan sehingga kini sejak saya berusia 13 tahun lagi. Saya sekarang menggunakan ubat krim Beprosalic. Saya juga ada berjumpa dengan pakar kulit dan mereka memberikan saya pelembap sahaja, namun tidak berkesan. Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan rasa gatal ini?

4 tahun
Selamat sejahtera & terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Tanda-tanda awal ruam atau panau
- Alahan produk kecantikan atau ubat
- Dermatitis Kontak Alergi
- Dermatitis Seborrhoeic
- Psoriasis adalah keadaan kulit biasa yang mempercepatkan kitaran hidup sel-sel kulit. Ia menyebabkan sel-sel membina dengan cepat pada permukaan kulit. Sel-sel kulit tambahan menyebabkan kegatalan dan kadang-kadang menyakitkan
- Dan lain-lain
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Buat sementara waktu, anda boleh cuba melakukan langkah-langkah berikut bagi mengurangkan gejala, seperti:
- Menggunakan pelembab (seperti yang telah disyorkan oleh pakar anda sebelum ini)
- Jauhi asap rokok dan perkara lain yang boleh menyebabkan iritasi kulit
- Menjauhkan diri dari punca stres
- Minum secukupnya
- Menjauhi kawasan/cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
- Mendapatkan suplemen kulit yang sesuai dibawah pengawasan doktor
Krim seperti korticosteroid dan retinoid juga boleh membantu mengurangkan gejala kulit mengelupas yang ringan dan sederhana. Namun anda tetap dinasihatkan mendapat nasihat doktor secara langsung terlebih dahulu, kerana penggunaannya yang terlalu lama boleh mendatangkan kesan sampingan pada kulit dan lain-lain.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.