
Sulit
3 tahun
Kutil seperti lemak did bahagian vulva
Saya berumur 16 tahun Dan pastinya belum berkahwin Dan di bahagian bibir faraj saya terdapat lebihan daging yang lembut berwarna kegelapan IA tidak berasa sakit tetapi gatal kadang kadang afakah saya perlu berjumpa untuk rawatan lanjut atau mempunyai rawatan yang dapat dilakukan di rumah sahaja?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mempunyai lebihan daging lembut seperti kutil pada faraj anda. Kami akan cuba membantu anda.
Kami tidak dapat menyimpulkan punca masalah anda secara tepat tanpa maklumat tambahan daripada anda dan pemeriksaan fizikal. Oleh itu, kami akan menjawab soalan anda secara umum.
Antara punca-punca masalah anda ialah :
- Kutil kelamin
- Keratosis seborrhoeic
- Sista Bartholin
- Polip
- Lipoma
- Ketumbuhan pada faraj
Kami menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda dan seterusnya mendapatkan rawatan. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor pakar sakit puan kami mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan