Sulit
5 tahun
Lambat datang haid selama 2 bulan
Saya wanita 18 tahun , Saya sudah 2 bulan tidak datang haid , Saya sering sakit belkang , sakit perut , sakit perut tu lain macam , ia bermula dari pusat sampai ke kemaluan ,ia sangat sakit , Saya sudah 5 kali membuat ujian pregnancy test , tetapi hasilnya negative , Saya sering terasa penat dan kadang-kadang terasa mahu pengsan
Boleh Saya tahu kenapa ?
Terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan maklumat yang anda berikan, anda juga berasa sakit perut. Kemungkinan sakit perut anda berkait rapat dengan tempoh haid lewat. Anda perlu berjaga jaga kerana anda berasa keletihan dan berasa hendak pitam. Anda disarankan untuk berhubung dengan pihak kami secepat mungkin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























