
Sulit
5 tahun
Lambat datang haid untuk 9 hari tetapi untuk hari ke 10 ada tompokan coklat. Adakah saya dtg haud atau tanda mengandung atau masalah lain? Perlukah saya risau?
Saya wanita berusia 27 tahun yg telah berkahwin pada julai tahun lalu. Kitaran haid saya tidak normal iaitu average 65 hari termasuk 8 hari berdarah. Saya sepatutnya datang haid pada 3 mac yang lalu tetapi tidak. Dan harini ada tompokan coklat pada pantiliner saya. Perlukah saya risau dengan masalah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, terdapat banyak penyebab masalah haid lewat atau haid tidak teratur yang mungkin menyebabkan anda masih tidak datang haid . Antara penyebab masalah kitaran haid tidak teratur adalah:
- haid lewat akibat kehamilan
- keletihan
- tekanan emosi
- aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat
- masalah berat badan
- masalah tiroid atau pituitari
- masalah ovari, rahim atau serviks
Keluaran berwarna coklat pula boleh disebabkan oleh:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Kitaran haid anda lebih daripada yang normal. Kitaran haid yang normal adalah antara 21-35 hari. Anda boleh melakukan ujian kehamilan, atau mendapatkan nasihat lanjut agar punca masalah haid anda dapat diketahui. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.