
Sulit
3 tahun
Lantai pelvik lemah kerana sering sembelit
Sy wanita berusia 24 tahun dan belum berkahwin…sy mempunyai masalah sembelit dan menyebabkan lantai pelvik lemah…sy sedang belajar melakukan senaman kegel…Sy ingin bertanya apakah cecair yang keluar melalui faraj ketika senaman kegel…adakah ia normal? Perlukah mandi wajib?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda melakukan senaman Kegel untuk menguatkan otot pelvis anda. Anda ingin mengetahui sekiranya anda perlu mandi wajib kerana terdapat keluaran cecair melalui faraj.
Untuk makluman anda, cecair tersebut boleh bermakna beberapa perkara seperti air kencing, keputihan atau cecair normal faraj (vaginal fluid). Mengenai soalan anda tentang mandi wajib, sebaiknya anda mendapatkan nasihat daripada seorang ustazah yang lebih berpengalaman untuk membantu anda mengenai masalah anda.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.