
Sulit
3 tahun
Lebihan daging di faraj
Hello doc Sya Sha umur 19 tahu. Sya ada seorang anak pertama…Sya ada lebihan daging di bahagian bawah Sya di tempat jahitan dia tak sakit tapi Sya rasa kurang selasa bila berhubung dengan suami sya

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda telah melahirkan anak dan kini rasa tidak selesa dengan lebihan daging pada faraj bekas jahitan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setelah proses melahirkan anak, lantai pelvis serta vagina memakan masa 8 minggu hingga 6 bulan untuk pulih. Oleh sebab itu, ramai wanita yang melaporkan rasa sakit semasa hubungan seks setelah melahirkan. Selain itu, sakit di faraj ketika seks juga boleh disebabkan oleh
- kekeringan pada vagina
- parut daripada episiotomi atau melahirkan anak
- masalah lantai pelvis
- kurang dorongan atau keinginan seksual
Berikut merupakan senarai umum yang boleh mengakibatkan sakit semasa seks. Kami tidak dapat berikan diagnosis tepat kerana tiada sejarah klinikal, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal anda. Untuk mengatasinya, pesakit sering kali dinasihati supaya menggunakan pelincir seks yang bukan minyak.
Bagi soalan lanjut, sila rujuk perkara ini kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.