
Sulit
4 tahun
Left ovary cyst 6 cm
saye keguguran waktu kandungan 6 minggu dan terdapat cyst 6 cm di bahagian ovary … dah 2 minggu saye keguguran tapi sekarang saye start rasa sakit semula di bahagian perut … sakit seperti waktu keguguran … adakah sakit itu disebabkan cyst ? dan bagaimana saye nak tahu sama ada cyst tu makin besar ataupun cyst dah nak pecah ? saye sakit perut dan juga muntah2 …

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda ovarian cyst adalah kantung yang dipenuhi dengan cecair atau tisu lain yang terbentuk di dalam atau pada ovari. Ovarian cyst adalah penyakit biasa. Mereka boleh berlaku semasa tahun remaja atau selepas menopaus. Kebanyakan ovarian cyst adalah jinak (bukan kanser) dan pergi sendiri tanpa rawatan.
Sesetengah ovarian cyst boleh menyebabkan rasa sakit yang lemah atau tajam di dalam perut dan sakit semasa aktiviti tertentu. Ovarian cyst yang lebih besar boleh menyebabkan ovari terputar. Maka, mungkin itulah sebab mengapa doktor mencadangkan anda untuk membuang cyst tersebut. Akan tetapi, kebanyakan cyst adalah fungsional yang mana bermaksud ia akan hilang sendiri dalam 6-8 minggu tanpa perlu perawatan. Justeru, sebaiknya anda berbincang dengan doktor anda untuk menunggu dahulu beberapa minggu sebelum melakukan penilaian atau scan ulang terhadap cyst anda. Tidak perlu menunggu sehingga berbulan-bulan.
Terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk melihat keadaan cyst anda seperti:
- imbasan ultrasound
- imbasan CT
- MRI
Saya sarankan anda untuk pergi ke mana-mana klinik berdekatan yang menyediakan perkhidmatan scan ultrasound dan mendapatkan kesimpulan dan rawatan selanjutnya.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.