
aglincyrus
5 tahun
Lendir dlm tekak berdarah
Sya suda lama mengalami kerap bersin sehinggahla hidung kerap keluar darah,skrg pula berganti ke lendir dlm tekak berdarah bila sy menarik lendir nk keluarkan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kumpulan gejala yang anda alami terutamanya hidung berdarah, kerap bersin dan lendir tekak berdarah dapat terjadi disebabkan beberapa hal seperti:
- Kecederaan kepada saluran darah dalam hidung
- Menghembus/ bersin terlalu kuat
- Cuaca persekitaran panas terik
- Masalah jangkitan sistem pernafasan virus (Viral URTI)
- Trauma kepada bahagian hidung
- Pertumbuhan luar biasa dalam hidung
- Batuk kronik sehingga menjejaskan saluran darah kecil menyebabkan batuk berdarah
- Tuberculosis (TB)
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia)
- Kanser paru-paru
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Ia bukanlah diagnosis pasti. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana dikhuatiri anda akan mengalami komplikasi darah kurang (anemia). Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.