
Sulit
4 tahun
Lendiran berdarah pada faraj
Saya remaja dan masih belum bernikah tetapi saya mempunyai masalah lendiran putih (bukan keputihan) yang keluar pada faraj pada hari yang sepatutnya saya datang haid. Tanda tanda haid seperti muka breakout, sakit pada payudara ada namun darah haid tidak keluar normal, ini berlaku sejak saya mula masuk IPT, adakah ini disebabkan oleh stres dan ia adalah normal? 2 bulan pertama di kolej juga saya mengalami keputihan bewarna coklat dan tidak mengalami haid. Saya memerlukan pencerahan. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah yang lendiran coklat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Risau dengan masalah keputihan berwarna coklat? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih