Sulit
5 tahun
Lengguh pada kaki dan tangan, sakit belakang pada bahu dan pinggang
Badan sy terasa lengguh dan menyebabkan tangan dan kaki saya seperti hendak cramp. Bahagian belakang bahu dan pinggang saya juga terasa sakit. Beberapa hari lalu saya ada mengalami seperti susah untuk bernafas tetapi sudah ok. Tetapi sejak semalam badan saya memang terasa lengguh/sakit pada tangan, kaki, bahu dan pinggang sehingga hari ini. Boleh doc terangkan apa punca masalah ini dan bagaimana hendak mengubatinya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ia boleh berpunca dari sendi, otot, saraf, kulit.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.































