
affrizan83
2 tahun
Lenguh bahagian&sakit tapak kaki
Sy ibu kpd 5org anak yg berumur 37thn.sy tlh mengalami keretakan tulang belakang pd thn 2011 d bahagian t5-t11.alhamdulillah slps buat pembedahan sy blh berjalan seperti biasa.akhir2 ini sy sering mengalami sakit dan lenguh bahagian pinggang sy sehingga sy susah utk bgn dr keadaan sy berbaring.sakit saya yang terlampau sakit.setiap malam sy akan mengambil 2biji ubat celebrex utk menghilangkan rasa sakit.sy juga mengalami sakit tapak kaki dan kebas bahagian tangan kanan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kesakitan yang anda alami boleh disebabkan:
- Masalah cakera tulang belakang - ia boleh mengakibatkan sakit saraf pada kaki juga
- Kencing manis atau darah tinggi yang tidak terkawal dapat menyebabkan saluran darah ke saraf tidak cukup lalu memberikan kesan sakit saraf
- Kurang vitamin B ataupun potassium dan kalsium boleh memberikan kesan kepada saraf dan otot
- Sindrom Guillain-Barre
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.