
Sulit
4 tahun
Lenguh kaki dari pinggang ke betis
Saya wanita dalam 20an mengalami lenguh kaki dari malam semalam dan bawa ke pagi ini. Sudah cuba buat streching dan urut, tapi kaki masih lenguh dan sangat tidak selesa. Apa yang patut saya buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya faham tentang kebimbangan yang anda hadapi. Gejala lenguh kaki boleh disebabkan faktor pekerjaan fizikal atau masalah kesihatan yang kronik. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala lenguh pada betis boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- kebanyakan pesakit melakukan aktiviti yang meningkatkan penggunaan otot betis seperti berdiri lama, bercangkung dan sebagainya.
- Diabetes atau kencing manis - penyakit ini boleh menyebabkan saluran darah ke saraf tersumbat dan menyebabkan sakit saraf
- Aliran darah yang tidak mencukupi - seperti saluran darah aorta mengecil (“coarctation or aorta”) atau aorta terhiris (aortic dissection)
- Trauma
- Kurang vitamin B atau kalsium
- Sakit jantung
- masalah saraf tersepit di bahagian cervical spine/ akibat disc hernia
Saya sarankan anda berehat daripada melakukan aktiviti yang menyumbang kepada gejala lenguh kaki buat sementara waktu. Jika masalah masih berlanjutan, kemungkinan punca lain harus dikenalpasti. Makan makanan yang kaya dengan vitamin B bagi memastikan faktor malnutrisi dapat diatasi.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.