Sulit
2 tahun
Lenguh kaki sebelah kiri
Saya wanita berumur 22 tahun dlm 2 3 hari ni kaki saya mulai lenguh kanan kiri tpi selalu kerap di kiri dan kdg2 rsa sakit belakang dan pinggul tpi dlm bbrp jam sahaja… apakah itu normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Un tuk amkluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah sakit belakang dan pinggul. Antaranya adalah:
- Patah tulang belakang ( Spondilolisis )
- Patah tulang rusuk
- Scoliosis ( kebengokkan tulang belakang ke sebelah tepi)
- Kyphosis ( kebengokkan tulang belakang ke bawah )
- Kemampatan cakera intervertebral
- Spondilosis ( degenerasi cakera intervertebral )
- Spondilolithesis ( kegelongsoran tulang belakang )
Untuk gejala lenguh kaki kanan dan kiri anda, ia boleh merupakan gejala sampingan daripada masalah yang telah saya nyatakan di atas.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.