
Sulit
4 tahun
Lenguh lengan kiri sampai ke siku
saya umur 46, dah 2 hari sakit lengan kiri dari bahu sampai ke siku terasa lenguh2 nak tidur sakit. urut minyak panas & makan arcozia masih sakit. apa ubat yg sesuai ye doktor & kenapa boleh terjadi. saya kerja biasa2 je. tidak dapat lunjurkan lengan ke bawah akan sakit sampai ke pergelangan tangan. Terima Kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera & terima kasiih kerana menhubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Secara umumnya, sakit-sakit tersebut pada individu yang masih di peringkat usia produktif (baca: working age group ) adalah lazim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti fizikal atau mempunya tabiat memposisikan diri ketika tidur yang salah.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- kekurangan gula atau air dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tanda-tanda gangguan tidur
- faktor kerja yang melampaui batas kemampuan tubuh
atau ia juga boleh menendakan penyakit yang lebih serius seperti:
- gangguan reumatoid (sendi)
- gangguan muskuloskeletal (otot)
- gangguan saraf
- trauma
- komplikasi obesiti
- tanda-tanda awal gejala jantung
- dan lain-lain
Namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat (sekiranya perlu) boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.