
Sulit
4 tahun
Lenguh tangan kiri berterusan
Sy wanita umur 25 thun. Sering merasa lenguh pada lengan kiri hngga jari terutama ketika hendak tidur. Sy seringkali tidak boleh mnggunakn tgn kiri utk melakukan kerja dlm tmpoh lama (cth menaip, mngupas buah) kerana pergelangan tgn hingga ke jari terasa seprti ngilu dan lenguh (tdk kuat ttp beterusan dan tdk selesa) Keadaan ini berlaku sejak 4 thun kebelakangan. Waktu tidur juga sy tdak boleh mengiring dengan lengan kiri diposisi bwh. Adkh keadaan ini merbahaya? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Carpal tunnel syndrome
- Saraf terhimpit (nerve entrapment)
- Jangkitan saraf
- Peripheral artery disease
- Diabetic neuropathy
- Penggunaan tangan secara berterusan tanpa rehat
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda juga disarankan untuk berehat seketika dan melakukan senaman ringan untuk beberapa minit untuk merehatkan tangan anda buat sementara waktu sebelum meneruskan kerja atau aktiviti harian anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.