Sulit
5 tahun
Lenguh yang kerap di bahagian kaki dan tangan, juga tidak selesa di bahagian lutut. kaki dan tangan juga mudah sejuk sehingga ditegur terlalu pucat
Saye gadis berumur 17 tahun. Sejak tahun lepas, saya selalu mengalami lenguh yang kadang-kadang melampau di bahagian paha ke betis dan juga kedua belah tangan. Sejak akhir-akhir ini sering berasa tidak selesa pada bahagian lutut. Mohon nasihat dari doktor. Thank you
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah sendi
- Masalah saraf
- Masalah otot
- Masalah tulang
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.































