
Sulit
5 tahun
Lepas keguguran bila bangun saya rasa nak pitam
Saya wanita yg baru lepas mengalami keguguran diruma,dalam tempoh keguguran nih sy rehat lebih 7jam tetapi bila nak bangun rasa nak pitam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, gejala-gejala yang dialami boleh terjadi akibat beberapa hal seperti:
- Anemia yaitu kurang darah
- Kurang vitamin dalam diet
- Dehidrasi yaitu akibat kurang minum air
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.