Sulit
5 tahun
Letih Ketika Period
Sya berumur 27 thun. Saya berasa letih, pening kepala, dan cepat terasa penat smpai tercungap cungap apabila sedang period. Adakah ini tanda² yg biasa atau sebaliknya. Selalunya, sya hanya pening kepala selepas habis period.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang hadapi. Adalah normal untuk seseorang berasa keletihan dan pening kepala ketika sedang datang haid dan teradpat beberapa sebab juga mengapa ianya boleh menjadi tidak normal seperti:
- Fibroid
- Polip rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Kanser rahim atau pintu rahim
- Masalah dengan sistem pembekuan darah
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian dan kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai masalah yang anda sedang hadapi.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor kerana anda mengatakan bahawa anda mengalami masalah cepat berasa penat dan sukar bernafas ketika sedang haid dan hal ini memerlukan pemeriksaan lanjut daripada doktor dan rawatan perlu diberikan untuk mengatasi masalah ini.
Anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai masalah anda. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































