
Sulit
4 tahun
Lewat datang haid selama 29 hari tapi belum pernah bersentuhan dengan lelaki dan belum berkhawin
Selamat petang doktor. Saya seorang kakak kepada seorang adik yang berumur 15 tahun. Adik saya masih seorang pelajar perempuan dan belum berkahwin bahkan belum pernah bersentuhan dengan lelaki. Dia sudah lewat datang haid selama 29 hari.Dia mengalami rasa sakit di bawah perut.Antara gejala lain yang dia hadapi ialah muntah- muntah. Hilang selera makan dan tangan serta kakinya sejuk sampai ke dada terasa. Selalunya adik saya akan mengalami gejala ini pada waktu pagi sampai petang, pada waktu malam jarang berlaku dan sakit berterusan sehingga 30 minit tanpa henti kemudian berhenti sekejap dan sakit semula. Adik saya mempunyai sakit migrain dan jangkitan salur kencing.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, haid yang lambat merupakan satu perkara yang tidak perlu dibimbangkan kerana ia boleh disebabkan oleh faktor-faktor am seperti ketidakseimbangan hormon yang berlaku pada kitaran haid yang lepas. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor am yang lain seperti senaman berlebihan, gangguan stress dan juga kurang rehat dan tidur.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Pada biasanya, aktiviti persetubuhan tidak mempengaruhi kitaran haid secara langsung. Jika anda membimbangkan mengenai kehamilan, kehamilan hanya berlaku sekiranya pasangan anda mengeluarkan air mani ke dalam vagina anda, khususnya pada waktu subur iaitu 2 minggu selepas kedatangan haid yang lepas, atau pertengahan bulan.
Pasangan anda mengeluarkan air maninya ke dada anda. Namun, anda haid dua kali selepas itu walaupun air mani setitik telah masuk ke dalam alat sulit anda. Jika anda ingin mengelakkan kehamilan, anda boleh memakan ubat pil perancang.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Berkenaan migrain yang adik anda alami, Migrain adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan masyarakat. Ia adalah penyakit yang kompleks yang disifatkan dengan sakit kepala pada sebelah bahagian sahaja. Ia seringkali juga mempunyai symptom lain yang melibatkan pemandangan, pendegaran dan deria rasa kita.
Terdapat empat fasa migrain:
- Prodrome: Mudah marah, mengantuk, masalah konsentrasi, penat, kekejangan otot, mual, sukar untuk tidur, sering membuang air kecil
- Aura: Masalah penglihatan(cahaya yang berkedip, bintik-bintik, garis melengkung yang melintas), kehilangan penglihatan sementara, rasa semut-semut di badan
- Serangan migrain:Sakit kepala yang teruk, loya, muntah, pening, insomnia, sensitif kepada cahaya, bau dan bunyi
- Postdrome: Kesukaran untuk konsetrasi, letih, kekurangan pemahaman
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah