
Sulit
4 tahun
Lewat makan pil postinor 2 bagi pil kedua
Hi doc. saya nak tanya berkaitan postinor 2. saya telah mengambilnya. pil pertama saya telah makan jam 1.28pm dan pil kedua saya telah makan 1.38am. saya telah lewat makan selama 10 minit. soalan saya adalah jika saya makan lewat 10 minit ada kemungkinan saya boleh hamil ke ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pil perancang kecemasan seperti postinor berkesan melalui hormon progestin dalam pil ini. Ia berfungsi dengan mencegah pembebasan telur (ovulasi) semasa kitaran haid. Ia juga menjadikan cairan vagina lebih tebal untuk membantu mencegah sperma sampai ke telur dan mengubah lapisan rahim untuk mencegah telur yang disenyawakan tertanam di rahim.
Oleh itu, keberkesanan ubat ini bergantung dengan secepat mana pil ini diambil selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Selain itu, untuk mendapatkan keberkesanan yang optimum, anda disarankan untuk mengambil ubat ini seperti yang diarahkan. Merujuk kepada soalan yang anda ajukan, sukar untuk kami menjawab soalan anda mengenai peluang untuk anda hamil kerana lewat mngambil ubat selama 10 minit. Namun,sekiranya haid anda lewat untuk 2 minggu saya sarankan untuk anda membuat ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) bagi mengetahui sekiranya anda hamil.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih terperinci, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.