fydaazman9332
5 tahun
Lewat period 34 hari tapi UPT NEGATIVE
Assalamualaikum, saya Fyda dari Melaka. Saya lewat datang period 34 hari tapi bila check UPT result NEGATIVE. Dulu pernah lewat period 24 hari pergi scan dan buat UPT pregnant 1-2 week tpi bila check balik FALSE POSITIVE😔. Rasa kecewa dan keliru sangat. Sampai susah nk percaya UPT.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda tidak didatangi haid, ianya boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Pertukaran diet secara drastik
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kesan mengambil suntikan perancang kehamilan - haid boleh menjadi tidak teratur selepas 3-6 bulan berhenti suntikan perancang
UPT test walaupun 99% tepat, anda masih memerlukan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan keputusan terakhir kerana maklumat seperti kitaran haid dan ujian darah diperlukan untuk mengenalpasti kehamilan dan tarik kehamilan.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























