
Sulit
5 tahun
Lewat period lebih 8 hari
saya telah lewst period lebih daripada 8 hari… buat masa ini saya tidak mahu mengandung lagi… ada tak ubat yang boleh mengelakkan saya daripada hamil

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
kehamilan
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah polycystic ovarian syndrome
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.