Sulit
5 tahun
Lewat period seminggu
Hi.bulan ni period sy dah lewat seminggu.selalunya period sy teratur setiap bulan. Lately, sy loya, kembung pdrut waktu malam, kerap ke toilet… sy dah try guna pregnancy test tp resultnya negative. Ada simptom mcm nak perios seperti sengugut, sakit pinggang, breast sakit tapi masih tak period. Sy perlukan penjelasan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kedatang haid yang lewat dan juga disertai dengan perasaan loya dan kembung perut, sengugut, sakit pinggang dan juga sakit payu dara. Untuk makluman anda, simptom-simptom yang anda alami mungkin berkait dengan masalah kelewatan kitaran haid anda. Namun, terdapat beberap lagi siasatan atau ujian kesihatan anda yang perlu dilakukan untuk mendapatkan jawapan yang tepat.
Pada pendapat kami, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi mengenai masalah yang anda hadapi iaitu:
- Ketidakseimbangan hormon
- Penyakit sista ovari (Polycystic Ovarian Syndrome) PCOS
- Jangkitan kuman pada rahim, serviks atau vagina
- Penyakit keradangan pelvis (Pelvic Inflammatory Disease)
- Kanser serviks atau rahim
- Ketumbuhan pada ovari, rahim atau fibroid.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mendapatkan sejarah kesihatan, serta menjalani siasatan lanjut mengenai masalah yang anda hadapi agar mendapat rawatan yang sesuai. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.

























