
Sulit
4 tahun
Libe T Upt samar dan belum period sebulan lebih
Hi, saya dapat tau saya ada cyst, sudah sebln lbuh saya belum period, sya ingin tahu adakah cyst boleh menyebabkan upt positif kerana cyst saya bukan kanser

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, urine pregnancy test (UPT) adalah alat pemeriksaan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Memandangkan hormon diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil tes positif menandakan bahawa anda mengandung. Bagaimanapun, sekiranya kandungan masih di awal usia kehamilan, biasanya hasil alat uji agak kabur. Lihat link ini untuk panduan menggunakan alat uji kehamilan. Justeru, memandangkan anda telah melakukan pemeriksaan darah, seharusnya ia lebih tepat dalam mendeteksi kehamilan. Sekiranya kurang yakin dengan hasil kit kehamilan, anda boleh langsung melakukan pemeriksaan scan di klinik untuk melihat perkembangan kandungan anda.
Seandainya terdapat keraguan tambahan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.